Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kebanyakan premium COE ditutup lebih tinggi dalam bidaan terkini

Kebanyakan premium Sijil hak Milik Kenderaan (COE) ditutup lebih tinggi dalam bidaan terkini hari ini (18 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Kebanyakan premium COE ditutup lebih tinggi dalam bidaan terkini

Gambar fail kereta di PIE. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 18 Apr 2018 05:05PM Dikemas Kini : 19 Apr 2018 12:23AM

SINGAPURA: Kebanyakan premium Sijil hak Milik Kenderaan (COE) ditutup lebih tinggi dalam bidaan terkini hari ini (18 Apr).

Bagi Kategori A, iaitu 1600cc ke bawah dengan kuasa kuda tidak melebihi 130 bhp, premium ditutup pada sekitar S$38,500 berbanding S$37,000 dalam bidaan sebelum ini.

Premium bagi kereta lebih besar dan berkuasa dalam Kategori B susut sedikit kepada S$37,330.

COE bagi kenderaan dalam Kategori Terbuka, yang boleh digunakan bagi semua jenis kenderaan, tetapi kebanyakannya buat kenderaan-kenderaan besar, naik sekitar S$300 kepada hampir S$38,400.

Premium motosikal pula ditutup pada S$7,115, iaitu jumlah yang hanya sedolar lebih tinggi berbanding premium dalam bidaan yang sebelumnya.

COE bagi kenderaan komersil pula, yang termasuk kenderaan muatan dan bas, naik sekitar S$200 kepada sekitar S$34,200 dalam bidaan ini.

Sekitar 6,160 bidaan diterima bagi hampir 4,340 COE yang ditawarkan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan