Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kebakaran tercetus di flat Yishun, 2 dikejarkan ke hospital

Dua orang dikejarkan ke hospital dalam kebakaran yang berlaku di sebuah flat HDB di Yishun pagi ini (24 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Jun 2018 11:31AM Dikemas Kini : 24 Jun 2018 09:46PM

SINGAPURA: Dua orang dikejarkan ke hospital dalam kebakaran yang berlaku di sebuah flat HDB di Yishun pagi ini (24 Jun).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia dimaklumkan tentang kebakaran yang berlaku di Blok 663 Yishun Avenue 4 itu sekitar pukul 7.00 pagi dan mengerahkan dua kereta bomba, sebuah Red Rhino, dua motor bomba, sebuah ambulans dan tiga kenderaan sokongan ke tempat kejadian.

Kebakaran tersebut dipadamkan menggunakan dua jet air.

Menurut SCDF, dua lelaki dalam lingkungan usia 20 tahun berjaya keluar dari flat terbabit sebelum ketibaan anggota bomba dan kemudian dihantar ke Hospital Khoo Teck Puat untuk dirawat kerana terhidu asap.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Dahlia Sensasi, asap hitam tebal dan berkepul-kepul dilihat keluar dari koridor di tingkat empat sedang sekurang-kurangnya enam anggota bomba memecah masuk ke flat di mana api sedang marak.

Orang ramai juga boleh dilihat mengetuk pintu-pintu rumah di tingkat lain untuk memaklumkan para penduduk tentang insiden itu. Seramai 100 penduduk dipindahkan oleh polis, menurut SCDF.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan