Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kebakaran gudang Jurong: Wanita 54 tahun maut akibat kelecuran

Seorang wanita berusia 54 tahun meninggal dunia akibat kelecuran, beberapa jam selepas beliau cedera dalam kebakaran di sebuah gudang yang terletak bertentangan pusat beli-belah IMM di Jurong East.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 May 2017 05:16PM Dikemas Kini : 05 May 2017 01:06AM

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 54 tahun meninggal dunia akibat kelecuran, beberapa jam selepas beliau cedera dalam kebakaran di sebuah gudang yang terletak bertentangan pusat beli-belah IMM di Jurong East.

Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sedang menyiasat kematiaan wanita itu dan punca yang menyebabkan kebakaran pagi tadi (4 Mei).

Pihak polis dimaklumkan mengenai kebakaran di 30 Toh Guan Road pada 7.38 pagi. Sekitar 50 orang terpaksa dipindahkan ke tempat selamat.

Pegawai SCDF berjaya memadamkan kebakaran itu dalam masa 40 minit. Dua kereta bomba, dua Red Rhino, dua motosikal bomba, lima kenderaan sokongan dan dua ambulans dikerahkan ke tempat kejadian.

Menurut catatan di laman Facebook SCDF, kebakaran itu berlaku di bahagian depan bangunan tersebut dan melibatkan bahan-bahan dalam gedung berkenaan.

Lorong sebelah kiri dan tengah Toh Guan Road yang menuju ke Boon Lay Way ditutup hampir tiga jam sebelum dibuka semula pada 11.00 pagi. 

Sumber : Today/ns
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan