Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kebakaran di flat Serangoon, 2 penduduk dibawa ke hospital, 70 dipindahkan

Satu kebakaran berlaku di sebuah unit di tingkat dua Blok 147 Serangoon North Ave 1 senja tadi (18 Jan), menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jan 2018 10:59PM Dikemas Kini : 19 Jan 2018 10:46PM

SINGAPURA: Satu kebakaran berlaku di sebuah unit di tingkat dua Blok 147 Serangoon North Ave 1 senja tadi (18 Jan), menyebabkan bekalan elektrik terputus. Hampir 70 penduduk juga terpaksa dipindahkan dari rumah mereka.

Seorang wanita dalam lingkungan 80-an tahun dan seorang lagi sekitar 30 tahun dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng selepas mengadu sesak nafas. Demikian menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Menurutnya ia dimaklumkan tentang kejadian itu pada sekitar 7.15 malam.

Kebakaran itu bermula dari salah satu bilik flat berkenaan, tambah SCDF.

"16 penduduk dari tingkat dua hingga tingkat lima dipindahkan oleh para pegawai SCDF dan Pasukan Polis Singapura (SPF)," menurut SCDF. Para penduduk yang dipindahkan tinggal berdekatan atay di atas unit yang terbakar itu.

50 lagi penduduk dari blok itu juga memilih untuk meninggalkan flat mereka, tambah SCDF.

Gambar-gambar dan video-video yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan unit berkenaan dijilat api, dan pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran.

Encik Alvin Tan, yang tinggal di tingkat empat blok yang terjejas, memberitahu Mediacorp beliau terdengar orang memekik "api, api" pada sekitar 7.10 malam.

Aapbila beliau keluar dari rumahnya, beliau ternampak "asap hitam yang tebal". Lelaki berusia 45 tahun itu segera mengumpulkan ahli keluarganya dan lari keluar dari bangunan itu.

Encik Ken Chan, seorang penduduk di blok hadapan, memberitahu Mediacorp beliau sedar berlakunya kebakaran apabila melihat asap mula naik ke atas bangunan itu.

(Gambar: Ken Chan/ Facebook)

Mahasiswa 26 tahun itu juga berkata beliau dapat melihat api di dapur dan tingkap bilik air flat yang terbakar, selain terdengar bunyi "meletup".

Menurut para saksi, kebakaran itu juga menyebabkan bekalan elektrik terputus seketika dengan flat sehingga tingkat 12 ikut terjejas.

SCDF berjaya memadamkan api menggunakan sistem buih udara mampat dan jet air.

Punca kebakaran masih disiasat.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan