Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kebakaran di Boon Lay: Lelaki 33 tahun ditahan

Seorang lelaki berusia 33 tahun diberkas kerana dipercayai terlibat dalam kes perbuatan nakal dengan mencetuskan kebakaran di Boon Lay. Demikian menurut pihak polis dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (18 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Kebakaran di Boon Lay: Lelaki 33 tahun ditahan

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 18 Oct 2018 10:23PM Dikemas Kini : 18 Oct 2018 10:25PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 33 tahun diberkas kerana dipercayai terlibat dalam kes perbuatan nakal dengan mencetuskan kebakaran di Boon Lay. Demikian menurut pihak polis dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (18 Okt).

Lima motosikal dan sebuah kereta dilaporkan terbakar dalam insiden tersebut. Ia berlaku di sebuah tempat letak kereta terbuka di Blok 221 Boon Lay Place, di luar Pusat Beli-Belah Boon Lay pada sekitar 1.00 pagi semalam (17 Okt).

Suspek diberkas pada sekitar 12.10 pagi tadi dengan bantuan gambar-gambar rakaman kamera polis, menurut pihak berkuasa.

Sebuah video online pula menunjukkan para anggota Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berusaha untuk memadamkan kebakaran. Tiada kecederaan dilaporkan akibat insiden tersebut, menurut polis.

Lelaki itu akan dihadapkan ke mahkamah esok (19 Okt) atas tuduhan melakukan perbuatan nakal mencetuskan kebakaran dengan tujuan untuk menyebabkan kerosakan pada harta benda.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan didenda.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan