Images
  • Safe Space

Kanak-kanak mangsa dera kini boleh dapat bantuan di Pusat Perlindungan 'Safe Space'

SINGAPURA: Kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan kini boleh mendapatkan bantuan di Pusat Perlindungan Pakar Kanak-Kanak yang dibuka rasmi hari ini (20 Mac).

Ia dipanggil 'Ruang Selamat' atau 'Safe Space' yang bertujuan menyediakan sekitaran yang selamat untuk kanak-kanak bersuara. Safe Space merupakan Pusat Perlindungan Pakar Kanak-Kanak yang ketiga di Singapura.

Ia ditubuhkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

Di bawah kendalian PAVE, pusat ini menerima kes-kes penderaan berisiko sederhana bagi kanak-kanak berusia 16 tahun dan ke bawah.

Ia mula beroperasi Januari tahun lepas dan setakat ini sudah menerima hampir 130 kes dan kira-kira 240 pertanyaan.

Presiden Halimah Yacob merasmikan pusat terbarunya hari ini (20 Mac).  

- CNA/NT/nk

Top