Kajian: Kolagen dari sisik ikan boleh bantu pulihkan luka
Kolagen daripada sisik ikan boleh digunakan untuk memulihkan luka seseorang. Demikian menurut hasil kajian yang dilakukan oleh para penyelidik di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Universiti Nasional Singapura (NUS).
SINGAPURA: Kolagen daripada sisik ikan boleh digunakan untuk memulihkan luka seseorang. Demikian menurut hasil kajian yang dilakukan oleh para penyelidik di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Universiti Nasional Singapura (NUS).
Kajian itu dilakukan ke atas ikan-ikan yang sering dimasak seperti ikan kakap, ikan toman dan ikan tilapia.
Sisik-sisik, yang biasanya dibuang sebelum dimasak, mengandungi kolagen yang boleh diubah suai dengan menggunakan proses kimia supaya menjadi larut air. Ia juga boleh digunakan dalam pelbagai bidang bioperubatan.
Selain itu, kolagen daripada sisik ikan boleh digunakan untuk menghasilkan ubat-ubatan bagi memulihkan luka dengan lebih cepat.
Kolagen itu sudah diuji pada tikus-tikus dan ia juga didapati dapat mempercepatkan proses "pembaikan dan pertumbuhan semula tisu". Ini didapati dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Acta Biomaterialia.
Kajian itu juga menunjukkan kolagen boleh diperoleh daripada ikan dengan mudah. 200mg kolagen boleh didapati daripada satu atau dua ikan, dan proses mengekstrak bahan itu hanya menelan kos sekitar S$4.
Pasukan penyelidik itu juga berganding bahu dengan peternakan ikan tempatan yang membekalkan sisik untuk digunakan dalam kajian itu.
Pasukan itu kini berunding dengan syarikat-syarikat tempatan lain dalam industri perikanan untuk mencari cara menukar bahan-bahan buangan, seperti sisik ikan untuk menjadi sumber-sumber yang boleh dimanfaatkan bagi mempercepatkan proses pengekstrakan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.