Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kai Kai, Jia Jia sambut ulang tahun di River Safari

Umur kedua-dua panda Kai Kai dan Jia Jia mencecah dua angka hari ini (14 Sep) dan bagi meraikan hari ulang tahun kedua-dua haiwan ini, kek buluh disajikan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kai Kai, Jia Jia sambut ulang tahun di River Safari

Kai Kai dan Jia Jia rai ulang tahun dengan 'kek'. (Gambar: Wildlife Reserves Singapore)

Diterbitkan : 14 Sep 2018 01:03PM Dikemas Kini : 14 Sep 2018 01:08PM

SINGAPURA: Umur kedua-dua panda Kai Kai dan Jia Jia mencecah dua angka hari ini (14 Sep) dan bagi meraikan hari ulang tahun kedua-dua haiwan ini, kek buluh disajikan.

Demikian dikongsi Wildlife Reserves Singapore (WRS).

Umur Kai Kai kini 11 tahun manakala usia pasangannya, Jia Jia mencecah 10 tahun pada 3 September lalu. Panda yang dipelihara lazimnya dapat hidup sehingga lebih 20 tahun.

Kek setinggi 1.2 meter yang diperbuat daripada buluh, epal dan lobak dilaporkan seberat sekitar 17 kilogram.

"Kai Kai dan Jia Jia suka diberi makanan, dan kami berasa senang dapat memanjakan kedua-dua haiwan ini," kata Encik Halim Ali, penolong kurator di River Safari.

"Saya menjaga kedua-dua panda ini sejak ia tiba di Singapura enam tahun lalu. Kai Kai dan Jia Jia seperti keluarga bagi pasukan penjaga taman haiwan di sini," tambah beliau.

Dua panda berkenaan, yang dipinjamkan ke Singapura oleh pemerintah China bagi tempoh 10 tahun, tiba di negara ini pada 2012.

Ia sudah mencecah usia mengawan pada 2015 namun tiga percubaan semula jadi sebelumnya gagal.

Pada April, WRS cuba menjalankan proses pensenyawaan buat pertama kali ke atas panda betina, Jia Jia.

Namun, kehamilan sebenar seekor panda tidak dapat dipastikan sehingga kehamilan itu sudahpun sarat bunting. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan