Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kadar ERP sebahagian jalan raya, ekspreswe dikurangkan pada cuti sekolah Jun

Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) bagi sebahagian jalan raya dan ekspreswe akan dikurangkan sehingga S$1 pada cuti sekolah bulan Jun.

Anggaran Waktu Membaca:
Kadar ERP sebahagian jalan raya, ekspreswe dikurangkan pada cuti sekolah Jun

(Gambar fail: Ngau Kai Yan)

Diterbitkan : 21 May 2018 04:45PM Dikemas Kini : 21 May 2018 04:53PM

SINGAPURA: Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) bagi sebahagian jalan raya dan ekspreswe akan dikurangkan sehingga S$1 pada cuti sekolah bulan Jun.

Demikian diumumkan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (21 Mei).

Di semua jalan raya dan ekspreswe yang terjejas, bayarannya dikurangkan sehingga S$1 bagi setiap Unit Kereta Penumpang (PCU) dan tiada bayaran dikenakan di mana kadar ERPnya adalah S$0.50 bagi setiap PCU, pada tempoh yang ditetapkan.

Kadar yang disemak semula itu bermula dari 26 Mei hingga 24 Jun dan akan kembali kepada kadar asal sebelum cuti sekolah, iaitu pada 25 Jun.

Kadar bagi gantri-gantri lain tidak berubah, tambah LTA.

Semakan suku tahunan yang seterusnya akan dilakukan pada bukan Ogos.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan