Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kadar ERP dikurangkan di beberapa gantri terpilih semasa cuti sekolah

Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) di jalan raya dan ekspreswe terpilih akan dikurangkan semasa tempoh cuti sekolah akhir tahun dari 18 November hingga 30 Disember.

Anggaran Waktu Membaca:
Kadar ERP dikurangkan di beberapa gantri terpilih semasa cuti sekolah

Gantri ERP di Singapura. (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 13 Nov 2017 02:27PM Dikemas Kini : 13 Nov 2017 02:30PM

SINGAPURA: Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) di jalan raya dan ekspreswe terpilih akan dikurangkan semasa tempoh cuti sekolah akhir tahun dari 18 November hingga 30 Disember.

Demikian menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (13 Nov) .

Ia menyusuli satu semakan kadar ERP bagi cuti sekolah Disember dan sejajar dengan penyesuaian kadar ERP sebanyak S$1 bagi setiap Unit Kereta Penumpang (PCU).

Kadar ERP di jalan raya dan ekspreswe semasa waktu-waktu yang ditetapkan itu dikurangkan sebanyak S$1 bagi setiap PCU (kecuali bagi kadar ERP buat masa ini di mana kadarnya adalah S$0.50 setiap PCU).

Kadar ERP itu akan kembali kepada kadar asalnya bermula 2 Januari 2018.

Kadar ERP bagi gantri-gantri lain tidak berubah.

Menurut LTA, semakan kadar ERP seterusnya akan dilakukan pada Februari depan bagi semakan suku pertama 2018.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan