Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jualan runcit S'pura tumbuh 1.9% pada bulan Jun

Penjualan runcit naik 1.9 peratus sehingga mencecah S$3.7 bilion pada bulan Jun tahun ini berbanding S$3.6 bilion tahun lalu, didorong oleh penjualan jam dan barang kemas serta hasil dari kedai serbaneka dan stesen minyak.

Anggaran Waktu Membaca:
Jualan runcit S'pura tumbuh 1.9% pada bulan Jun

Orang ramai lalu-lalang di pusat beli-belah ION di Orchard Road. (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 12 Aug 2017 08:18AM Dikemas Kini : 12 Aug 2017 08:24AM

SINGAPURA: Penjualan runcit naik 1.9 peratus sehingga mencecah S$3.7 bilion pada bulan Jun tahun ini berbanding S$3.6 bilion tahun lalu, didorong oleh penjualan jam dan barang kemas serta hasil dari kedai serbaneka dan stesen minyak.

Tidak termasuk kenderaan bermotor, penjualan runcit meningkat 4.0 peratus, menurut Jabatan Statistik pada Jumaat (11 Ogos).

Berdasarkan bulan ke bulan, bagaimanapun, penjualan runcit yang disesuaikan mengikut musim susut 0.5 peratus pada bulan Jun tahun ini berbanding bulan Mei.

Tidak termasuk kenderaan bermotor, penjualan runcit tumbuh 0.1 peratus.

Penurunan dari bulan Mei ke Jun adalah bagi semua segmen, kecuali jam dan barang kemas, pakaian dan kasut serta perabot dan peralatan rumah.

Penjualan runcit jam dan barang kemas meningkat 12 peratus pada bulan Jun tahun ini berbanding bulan yang sama pada tahun lalu.

Sehubungan itu, hasil kutipan daripada stesen minyak petrol dan kedai serbaneka, dan penjualan runcit perabot dan peralatan rumah, barangan perubatan dan kelengkapan mandi, peralatan komputer dan telekomunikasi, pakaian dan kasut, pasaraya, barangan rekreasi serta barangan optikal dan buku naik antara 0.7 peratus hingga 9.8 peratus bagi tempoh yang sama.

Bagaimanapun, hasil kutipan para peruncit makanan, kedai mini dan kedai runcit, serta penjualan runcit bagi kenderaan bermotor turun antara 1.4 peratus hingga 5.8 peratus pada bulan Jun tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Secara keseluruhannya, indeks makanan dan minuman tumbuh 1.0 peratus dari tahun ke tahun dan sebanyak 2.1 peratus berbanding bulan lalu.

Meskipun pendapatan cawangan makanan segera meningkat 14.6 peratus pada bulan Jun berbanding tempoh sama tahun lalu, penjualan runcit bagi penyedia makanan dan pusat makanan lain masing-masing naik 4.9 peratus dan 1.3 peratus bagi tempoh tersebut.

Bagaimanapun, hasil di restoran turun 4.9 peratus berbanding tahun lalu.

Sumber : Today/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan