Images
  • orchard people in singapore
    Orang ramai di luar Mandarin Gallery di Orchard Road. (Gambar fail: Ngau Kai Yan)

Jualan runcit jatuh 8.4% pada Januari; jualan kenderaan lebih rendah

SINGAPURA: Penjualan runcit jatuh 8.4 peratus pada bulan Januari berbanding setahun lalu, sebahagiannya disebabkan penurunan pada penjualan kenderaan, menurut perangkaan yang dikeluarkan Jabatan Statistik (Singstat) pada Isnin (12 Mac).

Ini menyusuli penjualan runcit yang meningkat 6.3 peratus selepas disemak pada bulan sebelum itu, menurut Singstat.

Penjualan kereta turun 9.8 peratus berbanding tahun lalu dan jatuh 20.9 peratus berbanding bulan Disember.

Penurunan pada bulan Januari berbanding tempoh sama tahun lalu juga disebabkan musim perayaan Tahun Baru Cina, yang turun pada Januari tahun lalu tetapi disambut pada Februari tahun ini, dedah Singstat.

Pemerintah mengumumkan pada bulan Oktober tahun ini bahawa ia tidak membenarkan sebarang pertumbuhan dari segi bilangan kereta bermula bulan Februari, sambil merujuk kepada ketandusan tanah dan berbilion-bilion dolar dari segi pelaburan pengangkutan awam yang dirancangkan.

Tidak termasuk kenderaan, penjualan runcit turun 8.1 peratus.


Penjualan khidmat makanan dan minuman jatuh 13.2 peratus pada Januari 2018.

Disebabkan penjualan lebih tinggi yang dicatat tahun lalu berikutan musim Tahun Baru Cina yang menunjukkan penurunan pada Januari 2017, penjualan runcit bagi pakaian dan kasut, peruncit makanan, pasar raya, kedai serbaneka serta jam dan barang kemas turun antara 10.5 peratus hingga 17.7 peratus pada Januari 2018.

Singstat menyatakan jumlah nilai penjualan runcit dianggarkan S$3.9 bilion, iaitu lebih rendah berbanding S$4.3 bilion pada Januari tahun lalu.

Bahagian penjualan runcit online yang dianggarkan adalah sekitar 4.1 peratus jumlah penjualan runcit, menurutnya.

- CNA/IM/im

Top