Images
  • coe car
    Gambar fail TODAY. 

Jualan runcit bulan Ogos susut 2.4%

SINGAURA: Penjualan runcit tempatan secara keseluruhan turun sedikit pada bulan Ogos berbanding setahun lalu.

Ini disebabkan kemerosotan dalam penjualan kenderaan bermotor yang jatuh lebih 12 peratus. Jika tidak mengambil kira kenderaan, penjualan runcit naik 2.4 peratus berbanding Ogos tahun lalu.

Perangkaan yang didedahkan Jabatan Statistik itu menunjukkan nilai penjualan runcit keseluruhan pada Ogos ialah sekitar $3.8 bilion.

Sekitar 4.6 peratus daripada jumlah itu adalah penjualan online.

Penjualan makanan dan minuman, yang dikira dalam indeks berasingan, naik 3.2 peratus pada Ogos berbanding setahun lalu iaitu sekitar $728 juta. 

- 938LIVE/RU/aq

Top