Images
  • skyline singapore
    Gambar fail. (Gambar: Jeremy Long) 

Jualan runcit bulan Jun naik 2%

SINGAPURA: Jumlah jualan runcit pada Jun lalu melebihi jangkaan dengan para pengguna mengeluarkan belanja lebih besar bagi kenderaan dan minyak.

Menurut Jabatan Statistik, jualan runcit bulan Jun naik sebanyak dua peratus berbanding setahun sebelumnya.

Harga COE yang merosot menyumbang kepada kenaikan 9.7 peratus jualan kenderaan bermotor berbanding Jun tahun lalu. Tidak termasuk kenderaan bermotor, jualan runcit hanya naik 0.2 peratus.

Dua kategori mencatat kemerosotan terbesar dalam perbandingan tahun ke tahun iaitu jam dan barang kemas serta komputer dan telekomunikasi.

Sementara itu, jualan khidmat makanan dan minuman naik 2.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Prestasi itu dicatatkan walaupun jualan di pasar raya dan pasar raya besar merosot sebanyak 1.1 peratus.

Keadaan itu mungkin mencerminkan perubahan daripada segi corak pembelian makanan dan minuman pengguna. 

- CNA/NF/hs

Top