Images
  • private house
    Apartmen perumahan privet di Singapura. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Jualan rumah privet merosot 53% pada April

SINGAPURA: Jualan rumah privet pada bulan lalu merosot 53 peratus berbanding tahun lalu. Demikian diumumkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) hari ini (15 Mei).

Sekitar 650 unit rumah privet dilancarkan manakala hampir 730 unit dijual pada bulan lalu yang tidak termasuk kondominium eksekutif.

Kebanyakan rumah itu adalah di kawasan pinggir bandar dan luar bandar. Dalam pasaran kondominium eksekutif (EC) pula, lebih 500 daripada sekitar 630 unit yang dilancarkan di Rivercove Residences laris dijual.

Projek EC tersebut merupakan satu-satunya yang dilancarkan tahun ini.

- CNA/NT/aq

Top