Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jawatankuasa Penasihat bioetika semak pendirian libatkan ubah suai genetik

Jawatankuasa Penasihat Bioetika (BAC) sedang menyemak semula pendiriannya terhadap pengubahsuaian genetik berhubung masalah kesihatan yang dapat diturunkan dari ibu kepada anak mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Jawatankuasa Penasihat bioetika semak pendirian libatkan ubah suai genetik

Gambar: Carlo Navarro

Diterbitkan : 19 Apr 2018 10:39PM Dikemas Kini : 19 Apr 2018 10:45PM

SINGAPURA: Jawatankuasa Penasihat Bioetika (BAC) sedang menyemak semula pendiriannya terhadap pengubahsuaian genetik berhubung masalah kesihatan yang dapat diturunkan dari ibu kepada anak mereka.

Jawatankuasa tersebut ditubuhkan pemerintah untuk menangani isu-isu terbit daripada kajian sains bioperubatan di Singapura. Menurutnya hari ini (19 Apr) ia ingin mendapatkan maklum balas dan pandangan orang ramai mengenai sama ada teknologi-teknologi baru harus dibenarkan penggunaannya bagi mengelakkan masalah mitokondria iaitu penyakit yang diwarisi.

Mitokondria merupakan 'kilang tenaga' sel-sel badan dan mitokondria yang rosak boleh menyebabkan "kesan buruk yang serius", termasuk penyakit yang menjejas otak, jantung dan telinga, menurut jawatankuasa itu.

Satu kertas kerja hasil rundingan awam dibentangkan jawatankuasa tersebut yang termasuk mantan hakim daerah Richard Magnus, ketua eksekutif Pusat Sains Singapura Lim Tit Meng dan pakar runding kanan di Pusat Barah Nasional Singapura Profesor Kon Oi Lian. Mereka meninjau isu-isu etika, undang-undang dan sosial terbit daripada Teknologi Penggantian Genom Mitokondria (MGRT).

MGRT, yang menggunakan pengubahsuaian 'germline' iaitu sejenis pengubahsuaian genetik tidak dibenarkan di Singapura, sejauh ini kerana boleh mengubah genetik embrio manusia. BAC menyarankan demikian pada 2005 atas kekurangan bukti saintifik berhubung kebolehlaksanaan dan keselamatannya.

Namun, "memandangkan perkembangan saintifik dan perbahasan antarabangsa terkini", jawatankuasa itu akan menyemak pemdiriannya, demikian menurutn jawatankuasa itu dalam kertas kerja tersebut.

Pengerusi BAC, Encik Magnus berkata: "MGRT boleh membantu wanita yang mengalami masalah mitokondria untuk melahirkan anak yang sihat.

"Bagaimanapun, perlu untuk kita memantau dengan teliti keselamatan menggunakan MGRT dan kesan etika, undang-undang serta sosial mengenainya. Kita juga perlu pertimbangkan sama ada Singapura sudah bersedia utnuk membenarkan teknologi sedemikian."

Sesi rundingan awam akan dianjurkan dari esok (19 Apr) hingga 15 Jun ini.  

Sumber : CNA/FA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan