Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jambatan automatik masuk pesawat akan disiapkan ST Engineering dalam 5-6 tahun

Singapore Technologies Engineering (ST Engineering) akan membina jambatan masuk automatik untuk para penumpang menaiki pesawat di lapangan-lapangan terbang dalam tempoh lima hingga enam tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Jambatan automatik masuk pesawat akan disiapkan ST Engineering dalam 5-6 tahun

Pesawat tambang rendah Scoot. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 20 Apr 2017 09:48AM Dikemas Kini : 20 Apr 2017 09:52AM

SINGAPURA: Singapore Technologies Engineering (ST Engineering) akan membina jambatan masuk automatik untuk para penumpang menaiki pesawat di lapangan-lapangan terbang dalam tempoh lima hingga enam tahun.

Jambatan-jambatan itu membolehkan para penumpang bergerak dari pintu masuk terminal lapangan terbang ke pesawat tanpa terdedah kepada elemen-elemen cuaca.

"Di Singapura, pada musim hujan terdapat ribut petir yang mungkin menjejas banyak operasi sensor," kata pengarah ST Engineering - NTU Corporate Lab Paul Tan.

"Jika (jambatan itu) tidak disambungkan dengan betul, ia boleh menyebabkan kelengahan dan dalam kes yang lebih teruk lagi, ia mungkin menyebabkan kemalangan dan boleh merosakkan pesawat," kata beliau.

"Dengan memperkenalkan automasi, kami menyediakan keupayaan kawalan jitu yang membolehkan jambatan disambung pada pesawat secara automatik tanpa mengira keadaan cuaca, sekaligus menghapuskan risiko kemungkinan berlakunya kerosakan atau perlanggaran dengan kenderaan lain di kawasan itu," tambah Encik Tan.

Menurut Encik Tan, sistem tersebut menggunakan penanda yang sudah ditetapkan terlebih dahulu berdasarkan jenis pesawat yang sedia ada untuk menyambungkan jambatan dengan pesawat - membolehkannya berfungsi dalam keadaan cuaca yang buruk, siang ataupun malam.

Bercakap kepada Mediacorp di pameran Rotocraft Asia 2017 pada Isnin (17 Apr), di mana jambatan tersebut dan huraian-huraian automatik lain dipamerkan, Encik Tan berkata ST Engineering sudah mula meninjau-ninjau "banyak huraian robotik bagi lapangan terbang sekitar dua tahun lalu", semasa pihak berkuasa mendampingi syarikat itu untuk "memperkenalkan robotik dan AI ke dalam sekitaran lapangan terbang".

Langkah itu diambil sedang penguasa pengangkutan udara dan para pemain industri menggesa supaya lebih banyak automasi dan teknologi digunakan dalam operasi harian, di tengah-tengah kurangnya tenaga manusia.

Pada bulan Januari, Changi Airport Group (CAG) mengumumkan sebuah program yang dijalankan bersama Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) bernilai $50 juta untuk menghasilkan huraian-huraian dalam sistem robotik dan tanpa pemandu dalam "sekitaran lapangan terbang".

"Sebagai sebahagian daripada usaha ST Engineering untuk membantu Lapangan Terbang Changi melalui perubahan, kami menumpukan sistem robotik dan kecerdasan buatan pada bahagian udara lapangan terbang serta bahagian terminal," kata Encik Tan, sambil menambah sistem-sistem itu boleh digunakan di kedua-dua terminal lapangan terbang yang lama dan baru.

"Pastinya jika anda bercakap tentang lapangan terbang yang baru ia lebih fleksibel untuk direka dari mula," tambah beliau.

Huraian-huraian lain yang sedang diusahakan termasuk traktor bagasi automatik bagi pengurusan bagasi dan sistem konvoi kerusi roda bijak.

Dengan jambatan automatik itu, Encik Tan berkata beliau yakin lapangan terbang tersebut akan dapat "mempertingkat daya penghasilan sehingga sekurang-kurangnya 50 peratus".

Encik Tan menambah, mungkin tidak lama lagi sistem-sistem tersebut akan digunakan di lapangan terbang di negara-negara lain. 

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan