Images
  • chinese new year
    Gambar: Christy Yip

Jalan raya Chinatown ditutup sempena kiraan detik Tahun Baru Cina

SINGAPURA: Beberapa jalan raya dan laluan akan ditutup di Chinatown dari 13 hingga 16 Februari bagi Sambutan Kiraan Detik Tahun Baru Cina 2018, menurut Pasukan Polis Singapura.

Dalam kenyataan media pada Selasa (13 Feb), polis menyatakan akses ke jalan-jalan raya itu hanya akan dibuka kepada polis dan kenderaan kecemasan. Kenderaan yang didapati diletakkan dan menyebabkan halangan akan ditunda.

Pegawai polis tambahan juga akan dikerahkan ke jalan-jalan raya yang terjejas bagi membantu dan mengarahkan jalan kepada pemandu, menurut polis.

Jalan-jalan raya dan laluan ini akan ditutup semasa tempoh yang tertera:


Sehubungan itu, Mosque Street akan ditukar menajdi laluan dua hala antara 5.00 petang pada 15 Februari hingga 3.00 pagi pada 16 Februari.

- CNA/IM/sm

Top