Images
  • ISWARAN WEST COAST PREPAREDNESS
    (Gambar: Iswaran@West Coast/ Facebook)

Iswaran: Masyarakat perlu persiapkan diri secara bersama dalam hadapi ancaman pengganas

SINGAPURA: Tidak hanya individu yang perlu bersedia sekiranya berlaku serangan pengganas. Para peniaga dan sekolah-sekolah juga boleh memainkan peranan untuk membantu masyarakat menjadi lebih bingkas.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan, S Iswaran, berkata demikian semasa merasmikan Hari Persediaan Kecemasan West Coast hari ini (15 Apr).

Encik Iswaran menyertai para penduduk untuk menyaksikan secara langsung satu simulasi serangan orang-orang bersenjata.

Para sukarelawan yang merupakan penduduk juga menunjukkan kemahiran mereka dalam aksi-aksi seperti 'Lari, Sembunyi dan Beritahu' serta kemahiran pertolongan kecemasan yang disesuaikan.

Encik Iswaran juga menekankan tentang pentingnya para peniaga untuk bangkit semula dengan cepat sekiranya serangan pengganas berlaku.

Ini hanya boleh berlaku jika orang ramai yakin untuk kembali bekerja dan meneruskan kehidupan mereka.

Encik Iswaran menambah sejak pelancaran satu inisiatif masyarakat pada 2015, 60 peniaga dilatih dalam kemahiran melawan kebakaran dan menyelamatkan nyawa.

Beliau berkata Jawatankuasa Kecemasan dan Mendekati Masyarakat West Coast atau 2CE akan terus mengukuhkan pelan luar jangka dan penerusan perniagaan untuk memastikan perniagaan boleh menyambung semula operasi selepas berlaku serangan.

- CNA/EM/aq

Top