Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ISP sekat akses kepada States Times Review

Para penyedia khidmat Internet di Singapura (ISP) sudah menyekat akses kepada States Times Review kerana laman itu mengandungi 'bahan dilarang'.

Anggaran Waktu Membaca:
ISP sekat akses kepada States Times Review

(Gambar fail: Olivia Harris/Reuters)

Diterbitkan : 10 Nov 2018 06:23PM Dikemas Kini : 10 Nov 2018 06:25PM

SINGAPURA: Para penyedia khidmat Internet di Singapura (ISP) sudah menyekat akses kepada States Times Review kerana laman itu mengandungi 'bahan dilarang'.

Pengasas laman berkenaan, Alex Tan, sebelum ini dikaitkan dengan laman sosiopolitik The Real Singapore. Laman itu ditutup selepas para editornya diberkas atas tuduhan hasutan.

Langkah ISP tersebut diambil menyusuli arahan yang dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) supaya membataskan akses kepada laman States Times Review kerana menerbitkan "rencana yang tidak boleh diterima sama sekali itu."

IMDA sebelum ini menyatakan bahawa rencana yang mengaitkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dengan siasatan terhadap skandal dana negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu menjejas keyakinan awam terhadap kewibawaan Pemerintah Singapura.

Atas sebab kepentingan awam, rencana itu boleh dianggap sebagai kandungan yang dilarang di bawah Kod Amalan Internet IMDA. 

Sumber : CNA/MM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan