Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Insiden pokok Tembusu tumbang: Hasil siasatan kematian wanita diketahui 30 Apr

Siasatan Koroner ke atas kematian seorang wanita berusia 38 tahun yang maut dihempap sebatang pokok Tembusu di Kebun Bunga Singapura pada bulan Februari 2017 selesai hari ini (17 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Insiden pokok Tembusu tumbang: Hasil siasatan kematian wanita diketahui 30 Apr

Radhika Angara, yang maut dihempap pokok Tembusu di Kebun Bunga Singapura. (Gambar: Facebook/Obituaries.sg)

Diterbitkan : 17 Apr 2018 06:05PM Dikemas Kini : 17 Apr 2018 06:09PM

SINGAPURA: Siasatan Koroner ke atas kematian seorang wanita berusia 38 tahun yang maut dihempap sebatang pokok Tembusu di Kebun Bunga Singapura pada bulan Februari 2017 selesai hari ini (17 Apr).

Rakyat India, Radhika Angara sedang bersama suami dan anak kembar mereka berusia setahun apabila pokok setinggi 40 meter itu tumbang, mencederakan keluarganya dan seorang lagi individu.

Siasatan selama empat hari itu, dilakukan sepanjang tempoh sekitar sembilan bulan, tertumpu kepada persoalan mengapa pokok warisan berusia 270 tahun yang kali terakhir diperiksa pada bulan September 2016 dan dilaporkan sebagai sihat, boleh tumbang.

Pada hari terakhir siasatan, bapa Cik Angara bangkit bersuara tentang anak perempuannya itu.

Pokok Tembusu yang tumbang di Kebun Bunga Singapura berusia lebih 270 tahun.

Pokok Tembusu yang tumbang di Kebun Bunga Singapura berusia lebih 270 tahun.

Beliau seorang "ibu muda yang sedang berkelah bersama anak-anaknya", kata bapa mendiang Cik Angara.

Ia adalah tragedi yang boleh dielakkan "menerusi tindakan berjaga-jaga" oleh pihak NParks, kata beliau.

"Beberapa orang terjejas (disebabkan insiden itu)," kata beliau, sambil menambah, seorang bapa muda kehilangan isterinya, seorang saudara perempuan kehilangan sahabat baiknya dan beliau serta isterinya pula terpaksa menanggung keperitan meneruskan hidup sedangkan anak mereka sudah tiada lagi.

Keluarga Cik Angara mengeluarkan gambar-gambar bayi kembar lelaki dan meletakkannya di atas meja sedang bapanya berkata: "Dua kanak-kanak itu tidak akan mengetahui betapa ibu mereka menyayangi mereka."

Antara saksi yang hadir semasa proses siasatan koroner yang bermula pada bulan Julai tahun lalu itu, adalah tiga ahli arbor (pakar bedah pokok) dan dua kakitangan NParks yang bertanggungjawab dalam arborikultur di Kebun Bunga Singapura.

Para pekerja memotong sebatang pokok Tembusu yang tumbang di Kebun Bunga Singapura. (Gambar: Wee Teck Hian/TODAY)

Para pekerja memotong sebatang pokok Tembusu yang tumbang di Kebun Bunga Singapura. (Gambar: Wee Teck Hian/TODAY)

Peguam Kanan Chelva Rajah, yang mewakili keluarga Cik Angara, bertanya kepada Pengarah Landskap Jalan NParks, Abdul Hamid, tentang mengapa pokok tersebut tidak diperiksa dengan lebih teliti untuk mengesan kerosakan dan bagaimana ia boleh tumbang "tanpa sebab".

Encik Abdul Hamid, yang juga seorang ahli arbor, memberi keterangan bahawa tiada tanda luaran atau simptom kerosakan dalaman. Ia hanya dikesan setelah pokok Tembusu tersebut tumbang, menimpa Cik Angara.

Apabila ia tumbang, ahli arbor memerhatikan sekitar 70 hingga 75 peratus akarnya sudah rosak atau mati.

Timbalan Pengarah Kebun Bunga Singapura, Elango Velauthan dan Pengurus Kanan Thaddeus Cheng juga memberi keterangan, selain ahli arbor Derek Yap dari syarikat Arborkultur Camphora and Richard Gordon Thomas.

Koroner Marvin Bay dijadual membentangkan dapatannya pada 30 April nanti.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan