Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ini dia penunggang e-skuter yang diburu polis kerana langgar warga emas di Ang Mo Kio

Polis hari ini (18 Apr) mengeluarkan gambar-gambar penunggang skuter elektrik yang melanggar dan mencederakan seorang warga emas dengan harapan saksi-saksi kejadian akan tampil untuk memberi maklumat bagi siasatan terhadap insiden itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Ini dia penunggang e-skuter yang diburu polis kerana langgar warga emas di Ang Mo Kio

(Gambar: SPF)

Diterbitkan : 19 Apr 2018 12:07AM Dikemas Kini : 19 Apr 2018 12:17AM

SINGAPURA: Polis hari ini (18 Apr) mengeluarkan gambar-gambar penunggang skuter elektrik yang melanggar dan mencederakan seorang warga emas dengan harapan saksi-saksi kejadian akan tampil untuk memberi maklumat bagi siasatan terhadap insiden itu.

Polis menyatakan bahawa ia sedang memburu lelaki berkenaan untuk "membantu dalam siasatan terhadap kes tindakan terburu-buru yang mengakibatkan kecederaan yang berlaku di Blok 538 Ang Mo Kio Avenue 5".

Gambar-gambar yang dikeluarkan menunjukkan penunggang memakai topi keledar berwarna hitam, kemeja-T berwarna hitam, seluar pendek dan sepasang selipar. Dia juga kelihatan memikul beg berwarna merah dan hitam.

(Gambar: SPF)

Insiden itu yang berlaku semalam (17 Apr) mengakibatkan Cik Lee, 65 tahun, mengalami luka di bahagian hidung dan lebam di bahagian pinggul dan kakinya.

Dalam kejadian berkenaan, Cik Lee sedang berjalan keluar dari lif apabila beliau tiba-tiba dilanggar penunggang e-skuter dari belakang sehingga terjatuh.

Penunggang itu kemudian melarikan diri sementara lima pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) yang berada di tempat kejadian membantu Cik Lee. Mereka membelikan Cik Lee plaster dan menampalnya bagi merawat salah satu lukanya.

Anak Cik Lee, Cik Sharon Sim mengongsi tentang insiden itu di laman Facebooknya semalam (17 Apr) dengan harapan penunggang berkenaan dapat dikesan.

Sesiapa yang mempunyai maklumat belum menelefon polis di hotline 1800 255 0000 atau menyerahkannya secara online di www.police.gov.sg/iwitness.

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan