Industri insurans hayat catat prestasi kukuh
Industri insurans hayat mencatat prestasi kukuh dari segi nilai premium baru yang dijualnya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
SINGAPURA: Industri insurans hayat mencatat prestasi kukuh dari segi nilai premium baru yang dijualnya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Jumlah penjualan premium bernilai $2.02 bilion itu merupakan kenaikan 20 peratus berbanding tahun lalu.
Berdasarkan prestasi itu industri tersebut dijangka dapat mencapai sasaran penjualan premium baru bernilai lebih $4 bilion.
Persatuan Insurans Hayat (LIA) menyifatkan prestasi kukuh itu disebabkan oleh pelancaran produk-produk baru serta keadaan ekonomi yang semakin baik.
"Kami berbesar hati melihat perlindungan bagi orang ramai semakin meningkat. Ini menunjukkan bahawa orang ramai semakin prihatin tentang kesihatan kewangan mereka," menurut presiden persatuan tersebut Encik Patrick Teow.
Persatuan itu turut menambah para pelanggan kini lebih cenderung membeli produk insurans yang ada kaitan dengan pelaburan atau ILP.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.