Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Indeks minyak dan gas S'pura jatuh 1% setelah Ezra fail muflis

Indeks minyak dan gas Singapura jatuh lebih satu peratus dalam dagangan awal setelah Ezra Holdings memfailkan perlindungan muflis di Amerika Syarikat, yang turut meningkatkan keprihatinan berhubung kemantapan sektor yang dibebani hutang itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Indeks minyak dan gas S'pura jatuh 1% setelah Ezra fail muflis

Ezra Holdings merupakan salah sebuah firma khidmat luar pesisir dan marin Singapura yang terjejas teruk akibat kemerosotan harga minyak yang ketara sejak 2014. (Gambar: Ezra Holdings)

Diterbitkan : 20 Mar 2017 11:19AM Dikemas Kini : 20 Mar 2017 11:23AM

SINGAPURA: Indeks minyak dan gas Singapura jatuh lebih satu peratus dalam dagangan awal setelah Ezra Holdings memfailkan perlindungan muflis di Amerika Syarikat, yang turut meningkatkan keprihatinan berhubung kemantapan sektor yang dibebani hutang itu.

Ezra merupakan salah sebuah firma khidmat luar pesisir dan marin Singapura yang terjejas teruk akibat kemerosotan harga minyak yang ketara sejak 2014. Ia turut memfailkan bankrap di bawah Kanun 11 Amerika Syarikat pada Sabtu.

Syarikat tersebut menyatakan bahawa ia menanggung hutang sebanyak AS$272 juta (S$380.8 juta) yang perlu dilunaskan dengan DBS Group dan AS$184 juta dari Oversea-Chinese Banking Corp.

Indeks minyak dan gas FTSE ST merosot sebanyak 1.4 peratus, manakala pasaran saham yang lebih luas susut 0.2 peratus. Saham Ezra digantung pada Isnin.

Saham DBS turun 0.6 peratus, manakala saham OCBC adalah 0.7 peratus lebih rendah.

Sumber : Reuters/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan