Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Indeks ketidaksamarataan Oxfam adalah 'analisis salah': Heng Swee Keat

Menteri Kewangan Singapura Heng Swee Keat pada Jumaat (12 Okt), menyelar Indeks ketidaksamarataan Oxfam yang meletakkan Singapura di tangga 149 daripada 157 negara, sebagai salah menilai input dan sebaliknya menganggapnya sebagai hasil.

Anggaran Waktu Membaca:
Indeks ketidaksamarataan Oxfam adalah 'analisis salah': Heng Swee Keat

Menteri Kewangan Singapura Heng Swee Keat.

Diterbitkan : 12 Oct 2018 11:30PM Dikemas Kini : 12 Oct 2018 11:32PM

BALI: Menteri Kewangan Singapura Heng Swee Keat pada Jumaat (12 Okt), menyelar Indeks ketidaksamarataan Oxfam yang meletakkan Singapura di tangga 149 daripada 157 negara, sebagai salah menilai input dan sebaliknya menganggapnya sebagai hasil.

Bercakap kepada para wartawan di luar mesyuarat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia di Nusa Dua, Bali, Encik Heng berkata: "Saya amat kecewa membaca laporan Oxfam ... Laporan itu secara silap mengukur prestasi negara menerusi input dan berapa banyak wang dibelanjakan sektor awam untuk pendidikan dan kesihatan.

Oxfam menyatakan, markah rendah Singapura dalam Indeks Komitmen bagi Mengurangkan Ketidaksamarataan (CRI) diberi kerana "amalan-amalan cukai yang membahayakan" di Singapura, seperti insentif cukai untuk segelintir industri dan cukai pendapatan peribadi (PIT) yang rendah bagi mereka yang berpendapatan tinggi.

Seperti Encik Heng, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee juga tidak berpuas hati dengan andaian Oxfam bahawa cukai dan belanjawan negara yang tinggi akan membantu menangani ketidaksamarataan.

Encik Heng sebaliknya menekankan tentang pencapaian-pencapaian Singapura dengan menduduki tempat pertama dalam laporan Indeks Modal Insan Bank Dunia, iaitu kedudukannya berdasarkan kesihatan, pendidikan dan kadar penakatan, selain daya penghasilan masa depan dan potensi pendapatan bagi rakyat di negara-negara anggota Bank Dunia, dan akhir sekali potensi pertumbuhan ekonomi bagi negara-negara itu.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan