Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ijazah kehormat anugerah NUS buat Dr Mahathir

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad menerima ijazah kehormat dari Universiti Nasional Singapura (NUS) pada Selasa (13 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Nov 2018 02:22PM Dikemas Kini : 13 Nov 2018 09:12PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad menerima ijazah kehormat dari Universiti Nasional Singapura (NUS) pada Selasa (13 Nov).

Dr Mahathir dianugerahi Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang sebagai tanda penghargaan kepada kepimpinan cemerlang beliau dalam menerajui Malaysia serta sumbangan beliau terhadap hubungan dua hala yang terjalin sekian lama antara Singapura dengan Malaysia, menurut NUS.

Isterinya, Dr Siti Hasmah Mohd Ali, juga diberikan Anugerah Perkhidmatan Alumni Unggul NUS sebagai sanjungan kepada impak beliau sebagai peran contoh kepada para doktor wanita di Malaysia. Ia juga diberikan atas khidmat cemerlang beliau dalam bidang-bidang kesihatan awam di Malaysia dan luar negara.

Kedua-dua anugerah itu disampaikan di satu majlis penganugerahan, yang diadakan di Kampus Kent Ridge NUS.

Majis penyampaian anugerah itu turut disaksikan oleh Presiden Halimah Yacob, yang juga Canselor NUS.

Dr Mahathir tiba di Singapura dengan isteri beliau, Dr Siti Hasmah, semalam (12 Nov) bagi melakukan lawatan rasmi selama dua hari ke Singapura.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan