Images
  • pop pop and mercun
    Gambar: ICA

ICA rampas 'pop-pops', mercun di Pusat Pemeriksaan Tuas

SINGAPURA: Para pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA)
menggagalkan dua percubaan untuk membawa masuk kotak-kotak 'pop-pops' dan bungkusan mercun secara haram di Pusat Pemeriksaan Tuas sepanjang empat hari yang lalu.

Barang-barang tersebut dirampas, menurut ICA dalam satu catatan Facebook hari ini (13 Feb).

Insiden pertama berlaku pada Sabtu lalu (10 Feb) yang mana para pegawai menemui lima kotak 'pop-pops' di bawah tempat duduk penumpang sebuah kereta yang berdaftar di Singapura, demikian didedahkan ICA.

Semalam (12 Feb) pula, para pegawai menemui 39 keping mercun dalam but sebuah lagi kereta yang berdaftar di Singapura. Barang-barang berkenaan dirampas dan seorang lelaki 37 tahun dirujuk kepada polis untuk siasatan lanjut, menurut ICA.

Penguasa imigresen menekankan bahawa 'pop-pops' dan mercun adalah barangan terlarang di bawah Akta Mercun Berbahaya. "Selain itu, barangan terkawal seperti bak kwa, telur dan pokok dalam pasu dibenarkan dibawa masuk oleh pelancong hanya dari negara-negara yang diluluskan," menurut ICA dalam catatan itu.

Minggu lalu, para pegawai ICA menggagalkan dua percubaan untuk membawa masuk jumlah bak kwa yang banyak dari Malaysia melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Para pelawat dingatkan bahawa Malaysia bukanlah di antara negara-negara yang diluluskan untuk mengimport produk daging dan telur secara peribadi, menurut ICA.  

- CNA/SM/sm

Top