Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ICA buat aduan polis tentang penipuan melalui panggilan telefon

Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) membuat aduan polis, setelah beberapa orang awam menerima panggilan telefon yang kononnya dari agensi tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
ICA buat aduan polis tentang penipuan melalui panggilan telefon

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 16 May 2018 01:18AM Dikemas Kini : 16 May 2018 01:20AM

SINGAPURA: Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) membuat aduan polis, setelah beberapa orang awam menerima panggilan telefon yang kononnya dari agensi tersebut.

Sesetengah panggilan dibuat melalui sistem operator automatik, menurut ICA dalam kenyataannya semalam (15 Mei).

Orang awam yang menerima panggilan tersebut disuruh mengambil dokumen-dokumen atau bungkusan daripada ICA, menyerahkan dokumen atau memberi butiran peribadi bagi membantu dalam siasatan.

"ICA ingin menjelaskan bahawa panggilan telefon itu bukan panggilan daripada para pegawai kami. Kami sudah membuat aduan polis," menurut penguasa itu. "ICA mengambil pandangan yang serius terhadap panggilan telefon sedemikian yang menjejas kepercayaan orang ramai terhadap ICA."

Ia menasihati orang awam supaya tidak mengendahkan panggilan seperti itu dan arahan pemanggil. Mereka juga perlu mengelak daripada memberi butiran peribadi mereka seperti nama, nombor pengenalan, butiran pasport, nombor telefon ataupun butiran akaun bank mereka.

Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang panggilan seperti itu boleh menghubungi talian hotline 1800-722-6688 atau melungsuri laman www.scamalert.sg.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan