Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ICA berkas sindiket penipuan perkahwinan dengan wanita Vietnam

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) mendedahkan bahawa17 orang diberkas atas penipuan perkahwinan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jun 2018 07:03PM Dikemas Kini : 19 Jun 2018 10:03PM

SINGAPURA: Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) mendedahkan bahawa17 orang diberkas atas penipuan perkahwinan.

Ia adalah antara sindiket "perkahwinan mudah" yang terbesar dan hukuman ke atas dalang sindiket itu adalah yang paling berat sejak undang-undang tersebut digubal pada 2012.

Kesemua 17 orang berkenaan sudah dikenal pasti - sembilan adalah lelaki warga Singapura dan lapan wanita Vietnam.

12 daripada mereka sudah dijatuhi hukuman, dua sudah meninggalkan negara, seorang pula belum didakwa sementara lagi dua sedang dibicarakan.

Dalang sindiket itu ialah seorang warga Singapura, Jeremy Tan Chin Hock, berusia 32 tahun.

Dia mendapatkan bantuan tiga orang lain - wanita warga Vietnam, "Jenny", 35 tahun dan dua warga Singapura berusia 27 tahun Alvin Quek Jun Rong dan Peter Mark Ng Jia Jun.

Atas peranannya, Jeremy dikenakan hukuman penjara selama 24 bulan dan didenda $42,000 - hukuman paling berat sejak undang-undang digubal pada 2012.

Penipuan itu dilakukan untuk melanjutkan tempoh para wanita Vietnam tinggal di sini dan bagi lelaki tempatan pula adalah untuk mendapatkan ganjaran wang bernilai $800 hingga $4,000.

Antara tempat yang dipilih untuk melangsungkan perkahwinan itu adalah di Kelab Masyarakat Fengshan, Taman East Coast dan di restoran Long Beach UDMC dan Jumbo Seafood.

Bagi jenayah mereka, para anggota sindiket itu boleh didenda tidak melebihi $10,000 atau dipenjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan