Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Heng: Penting kekalkan semangat S'pura meski SG50 hampir berakhir

Meskipun sambutan SG50 hampir berakhir, Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata adalah penting untuk mengekalkan semangat Singapura dengan memandang ke hadapan dan memikirkan cara-cara hendak meraih peluang serta mengatasi cabaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Dec 2015 06:37PM Dikemas Kini : 27 Dec 2015 09:05PM

SINGAPURA: Meskipun sambutan SG50 hampir berakhir, Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata adalah penting untuk mengekalkan semangat Singapura dengan memandang ke hadapan dan memikirkan cara-cara hendak meraih peluang serta mengatasi cabaran.

Encik Heng, yang juga Pengerus Jawatankuasa Pemandu SG50, menyeru warga tempatan supaya bertindak agar dapat mewujudkan apa yang diinginkan pada masa depan.

Beliau berkata demikian di pameran "The Future of Us", yang memberi gambaran bagaimana rakyat tempatan akan tinggal, kerja dan beriadah pada masa depan. Ia amat sesuai untuk menggulung perayaan Jubli Emas Singapura.

"Kita harus mengukuhkan dan mendalami semangat Singapura ini dengan menggalakkan rakyat memikirkan masa depan, bagaimana kita boleh terus bersatu, bekerjasama dan berkongsi impian, memikirkan cara mengatasi cabaran dan bagaimana hendak meraih peluang.

"Saya percaya, jika kita dapat melakukannya, kita bukan sahaja boleh mengekalkan semangat Singapura dan menyimpan banyak peristiwa bermakna yang kita harungi tahun ini, tetapi kita akan dapat mengukuhkan dan mendalaminya," katanya.

Untuk mengekalkan rentaknya, siri dialog SgFuture akan membincangkan dengan lebih mendalam harapan warga bagi negara dan bagaimana mencapainya.

Sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan Encik Heng juga dibentuk untuk melakar strategi-strategi ekonomi bagi masa depan Singapura.

Ekonomi yang bertenaga, kata Encik Heng, adalah anak kunci kepada usaha mewujudkan peluang bagi rakyat mencapai aspirasi mereka.

Encik Heng berharap rakyat akan komited untuk bertindak demi masa depan mereka sendiri.

Beliau menambah pemerintah sedang meninjau cara untuk terus menyokong program-program yang dipelopori rakyat sempena SG50 serta beberapa program baru. Ia diharap dapat menjadikan Singapura lebih bertenaga dan kreatif serta mengukuhkan jati diri nasional.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan