Images
  • Anchorvale
    Pemandangan tapak tanah EC itu dari Anchorvale Street. (Gambar: Google Street View)

HDB lancarkan tender tapak EC di Anchorvale Crescent daripada Senarai Simpanan

SINGAPURA: Sebuah tapak kondominium eksekutif (EC) dalam Senarai Simpanan di Anchorvale Crescent ditawarkan untuk penjualan menerusi tender awam pada Jumaat (10 Ogos), menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Sebanyak 550 unit kediaman boleh dibangunkan di tapak tanah seluas 17,137 meter persegi itu.

Ia dilancarkan daripada Senarai Simpanan Program Penjualan Tanah Pemerintah (GLS) pada 25 Julai, selepas seorang pemaju hartanah bersetuju membuat bidaan sekurang-kurangnya S$255 juta.

Tapak-tapak tanah dalam Senarai Disahkan di bawah program GLS ditawarkan untuk penjualan tidak kira permintaan pasaran, manakala tapak-tapak tanah dalam Senarai Simpanan hanya dijual menerusi tender jika pemaju hartanah bersetuju untuk membuat tawaran pada harga yang diterima oleh pihak berkuasa penjualan tanah.

Tender bagi tapak EC di Anchorvale akan ditutup pada pukul 12.00 tengah hari pada 14 September, 2018. 

- CNA/AI/ai

Top