Images
  • engah
    (Gambar fail: TODAY/Robin Choo)

HDB lancar 15,000 flat baru tahun depan; 2,000 unit ditawarkan di Tengah

SINGAPURA: 15,000 flat baru dijangka akan dilancarkan tahun depan, kurang daripada 15,800 yang ditawarkan tahun ini. Demikian menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Keseluruhannya sebanyak 2,000 flat baru akan dilancarkan di bandar baru Tengah. Masa menunggu untuk flat-flat tersebut lebih singkat, antara dua dengan tiga tahun dan bukan yang lazimnya antara tiga hingga empat tahun bagi projek-projek Bina Ikut Tempahan (BTO), menurut HDB dalam satu kenyataan media pada Jumaat (7 Dis).

Flat-flat juga akan ditawarkan di estet-estet lain seperti Sengkang, Jurong West dan Kallang Whampoa.

Kelompok pertama bagi 1,100 flat-flat BTO dengan masa menunggu lebih singkat ditawarkan di Sembawang, Sengkang dan Yishun pada November. Sekitar 3,300 pendaftaran diterima.

Keluarga-keluarga kali pertama yang layak boleh menerima geran rumah bernilai sehingga S$80,000 Mereka yang membeli flat-flat jualan semula boleh menerima geran rumah bernilai sehingga S$120,000, menurut HDB yang menambah bahawa ia adalah peningkatan sebanyak 50 peratus berbanding tiga tahun lalu.

Dengan Portal Jualan Semula HDB yang dilancarkan tahun ini, masa urus niaga jualan semula dikurangkan daripada 16 minggu kepada lapan minggu, tambah HDB. 

- CNA/NA/na

Top