Images
  • punggol playground
    Taman permainan di Punggol. (Gambar: Gaya Chandramohan)

HDB kaji kaitan antara gaya hidup dan keperluan untuk kemudahan penduduk

SINGAPURA: Lembaga Perumahan dan Pembanguan (HDB) ingin tahu bagaimana perubahan gaya hidup boleh menjejas keperluan terhadap sesetengah kemudahan.

Bagi tujuan itu, HDB melancarkan satu tinjauan ke atas 8,000 keluarga di 26 bandar dan estet perumahannya.

Tinjauan itu meminta maklum balas orang ramai tentang trend perubahan gaya hidup seperti sama ada penduduk membeli-belah secara online sejak kebelakangan ini atau menggunakan khidmat kongsi basikal mahupun kereta.

Ia juga ingin mendapatkan maklumat tentang tahap kepuasan penduduk serta memeriksa pandangan mereka terhadap bagaimana kemudahan-kemudahan rekreasi dan masyarakat yang disediakan berguna untuk mereka.

Buat julung-julung kalinya juga, para penduduk akan ditanya tentang tempat-tempat unik dalam kawasan kediaman mereka serta bagaimana ia menimbulkan kenangan istimewa kepada mereka.

Dapatan tinjuan itu akan digunakan bagi membentuk rancangan pembangunan bandar-bandar HDB pada masa akan datang. Ia dijangka selesai menjelang suku ketiga tahun ini dengan hasilnya dijangka siap menjelang awal 2020.

- CNA/NF/aq

Top