HDB jalankan siasatan selepas kertas suratkhabar ditemui disumbat dalam celah dinding
Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menjalankan siasatan setelah satu video tersebar online, menunjukkan kepingan-kepingan suratkhabar disumbatkan di celah-celah tembok tepi balkoni sebuah flat HDB.
SINGAPURA: Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menjalankan siasatan setelah satu video tersebar online, menunjukkan kepingan-kepingan suratkhabar disumbatkan di celah-celah tembok tepi balkoni sebuah flat HDB.
Video tersebut dimuat naik ke Facebook pada Khamis (16 Ogos) dan sudah ditonton lebih 200,000 kali.
Kepingan akhbar yang disumbatkan itu ditemui pemilik flat bila beliau ingin menggantikan tingkap rumahnya, menurut HDB.
"Tingkap-tingkap di balkoni tersebut dipasang pada 1999 oleh seorang kontraktor ubah elok yang dipilih pemilik rumah. Semasa tingkap dipasang, kontraktor menyumbat kertas-kertas suratkhabar ke dalam dinding," menurut HDB. Balkoni itu siap dibina pada 1984.
Menerusi catatan Facebooknya semalam (19 Ogos), HDB menyatakan bahawa ia akan "mengambil tindakan sewajarnya jika kontraktor ubah elok berkenaan didapati bersalah."
Tiada masalah keselamatan struktur yang timbul dari insiden ini dan dinding tersebut sudah diperbaiki, jelas HDB.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.