Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga sewa rumah privet dan awam pada Sep merosot berbanding Ogos

Kadar harga sewa bagi rumah-rumah privet dan awam turun pada bulan September berbanding sebulan sebelumnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Harga sewa rumah privet dan awam pada Sep merosot berbanding Ogos

(Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 10 Oct 2018 09:02PM Dikemas Kini : 10 Oct 2018 09:06PM

SINGAPURA: Kadar harga sewa bagi rumah-rumah privet dan awam turun pada bulan September berbanding sebulan sebelumnya.

Demikian menurut anggaran awal dari portal hartanah SRX hari ini (10 Okt).

Menurut para penganalisis, permintaan sewa mungkin jatuh kerana ada sedikit penurunan dalam jumlah pekerja warga asing tahun ini.

Selain itu, faktor 'Bulan Hantu' dalam kalender Cina pula menyebabkan sebilangan pemilik rumah tidak terbuka untuk menerima permintaan sewa.

Berbanding bulan Ogos, kadar sewa hartanah tidak berlaman seperti kondominum dan apartmen swasta turun sebanyak 0.4 peratus.

Kadar sewa di kawasan bandar pula turun setengah peratusan mata, manakala di pinggir bandar kadarnya susut sebanyak 0.7 peratus.

Jumlah rumah yang disewa pula merosot hampir 15 peratus kepada hampir 4,200 unit. Sementara itu, sewa untuk flat HDB turun 0.5 peratusan mata berbanding bulan lalu.

Dalam tempoh yang sama, jumlah flat yang disewa turun 3.8 peratus kepada kira-kira 1,700, berbanding lebih 1,750 unit sebelumnya.

Berbanding setahun lalu, kadar harga dan jumlah sewa flat HDB turun hampir satu peratus.  

Sumber : CNA/NU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan