Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Harga rumah privet baru dijangka naik tahun depan

Para pengamat industri meramalkan harga rumah privet baru dijangka terus naik tahun depan. Ini walaupun kemungkinan ada bekalan berlebihan unit-unit perumahan baru pada jangka pendek.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Dec 2018 11:17PM Dikemas Kini : 18 Dec 2018 01:08AM

SINGAPURA: Para pengamat industri meramalkan harga rumah privet baru dijangka terus naik tahun depan.

Ini walaupun kemungkinan ada bekalan berlebihan unit-unit perumahan baru pada jangka pendek.

S$10.5 bilion - itulah hasil penjualan berkelompok atau en bloc dari sekitar 38 projek tahun ini. Jumlah itu salah satu urus niaga berkelompok tertinggi bagi setahun. Ini berbanding S$8.3 bilion pada tahun lalu.

Bagaimanapun projek penjualan berkelompok yang besar seperti itu berkurangan sejak langkah-langkah penyejukan pasaran dilaksanakan.

Para penganalisis mengatakan keadaan itu baik bagi pasaran rumah privet.

Antara 6,000 hingga 8,000 unit baru dilancarkan setiap tahun dari 2014 hingga 2017. Jumlah itu boleh meningkat kepada 12,000 unit bagi keseluruhan tahun ini, dan lagi 14,000 unit baru dijangka dilancarkan tahun depan, jika para pemaju menjarakkan pelancaran unit-unit baru.

Walaupun demikian, harga rumah privet diramalkan naik dua hingga empat peratus tahun depan, lebih rendah daripada lapan hingga 10 peratus tahun ini.

Permintaan daripada pembeli kali pertama dan golongan yang terjejas en bloc dijangka menyokong pasaran.

Bagi mengimbangi bekalan dan permintaan, pemerintah akan mengurangkan dengan seperlima, bekalan rumah privet pada separuh pertama tahun depan, berbanding separuh kedua tahun ini.

Sumber : CNA/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan