Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga COE ditutup lebih rendah

COE bagi semua kategori ditutup lebih rendah kecuali motosikal. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Dec 2018 04:51PM Dikemas Kini : 05 Dec 2018 09:47PM

SINGAPURA: Premium bagi Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) ditutup lebih rendah dalam bidaan terbaru yang dikeluarkan pada Rabu (5 Dis).

Premium COE bagi Kategori A iaitu kereta hingga 1,600cc dan 130bhp, ditutup pada S$23,568, merosot dari S$25,000 dalam bidaan sebelumnya.

Premium bagi kereta lebih besar dan berkuasa tinggi dalam Kategori B pula jatuh dari S$31,101 kpada S$31,001.

COE bagi kenderaan komersil, termasuk kenderaan muatan dan bas, turun sedikit kepada S$27,009 berbanding S$27,509 pada bidaan sebelumnya.

Premium motosikal pula lebih tinggi naik kepada S$3,399, dari S$2,989.

COE kategori terbuka, yang boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan namun biasanya digunakan untuk kereta besar, merosot sedikit kepada S$30,851 berbanding S$30,959 sebelum ini.

Sebayak 6,950 bidaan diterima, dengan kuota 5,119 COE disediakan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan