Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hampir 4 daripada 10 rakyat S'pura muat turun kandungan secara haram

Hasil kajian itu menunjukkan bahawa hampir separuh penduduk Singapura mengakui terlibat dalam cetak rompak di wadah online. 

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 4 daripada 10 rakyat S'pura muat turun kandungan secara haram

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 12 Sep 2017 11:30AM Dikemas Kini : 12 Sep 2017 11:33AM

SINGAPURA: Sekitar 39 peratus rakyat Singapura berkata bahawa mereka secara aktif memuat turun filem, rancangan TV atau siarang langsung sukan secara haram.

Demikian menurut dapatan tinjauan terbaru daripada firma kajian Sycamore yang dikeluarkan pada hari ini (12 Sep).

Hasil kajian itu menunjukkan bahawa hampir separuh penduduk Singapura mengakui terlibat dalam cetak rompak di wadah online. Tinjauan itu dikeluarkan di satu acara yang ditaja oleh oleh Persatuan Penyiaran Kabel dan Satelit Asia (CASBAA).

Kajian itu menggabungkan metodologi kualitatif dan kuantitatif, termasuk satu tinjauan yang melibatkan seramai 1,000 responden di Singapura, yang dipilih untuk mewakili seluruh penduduk. 300 pengguna alat penstriman haram juga ditinjau untuk lebih memahami butiran di sebalik perbuatan mereka, menurut kenyatan media yang dikeluarkan mengenai hasil kajian tersebut.

Ia juga menarik perhatian bahawa alat penstriman haram, khususnya kotak TV, "mengubah wajah cetak rompak" di negara ini, dengan 14 peratus mengaku menggunakan alat sedemikian.

Hasil kajian itu disentuh oleh ketua pegawai dasar CASBAA, Encik John Medeiros, yang berkata dalam satu kenyataan media bahawa kegunaan kotak TV tersebut "lebih berleluasa" di Singapura berbanding pasaran maju lain seperti Amerika Syarikat dan Britain.

Encik Medeiros menambah: "Meskipun perangkaan ini membimbangkan, mereka bergantung kepada ketelusan responden dan sudah pastinya tidak menggambarkan keadaan sebenar masalah itu."

Kajian Sycamore itu juga mendapati bahawa dua pertiga rakyat Singapura bersetuju bahawa cetak rompak sama dengan mencuri, ia juga menunjukkan bahawa hampir tiga suku penduduk menganggap cetak rompak sebagai tingkah laku biasa atau normal.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan