Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Halimah Yacob akan buat 'ikrar' kepada seluruh rakyat S'pura

"Saya mempelawa anda untuk sama-sama menyertai saya dalam menjadikan Singapura sebagai kediaman yang baik dengan Buat Baik, Buat Bersama-sama", katanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Halimah Yacob akan buat 'ikrar' kepada seluruh rakyat S'pura

Cik Halimah Yacob. (Gambar: Facebook/Halimah Yacob)

Diterbitkan : 13 Sep 2017 07:57AM Dikemas Kini : 19 Sep 2017 04:37PM

SINGAPURA: Halimah Yacob berkata bahawa beliau akan "berikrar" kepada semua rakyat Singapura hari ini (13 Sep) apabila beliau menyerahkan borang-borangnya sebagai satu-satunya calon yang layak bertanding bagi menyandang jawatan tertinggi negara.

Jika dokumen-dokumen beliau didapati teratur dan jika tiada bantahan, beliau akan diisytiharkan sebagai bakal Presiden baru Singapura.

Menjelang Hari Penamaan Calon, Cik Halimah berkata melalui satu catatan Facebook bahawa beliau akan "berikrar" kepada seluruh rakyat Singapura di pusat penamaan calon iaitu ibu pejabat Persatuan Rakyat di King George's Avenue.

Beliau juga memuat naik satu nota yang ditulis beliau di mana beliau mengucapkan terima kasih kepada rakyat Singapura atas sokongan mereka dalam usaha beliau menjadi presiden.

Beliau menambah bahawa beliau "amat tersentuh" dengan ramai orang yang menyokong dan juga mereka yang mengirimkan kata-kata perangsang.

"Ikhlas dari hati saya, terima kasih yang teramat sangat kepada anda!!" tulis Cik Halimah.

Cik Halimah mengakhiri surat itu dengan mengulangi janji beliau untuk berkhidmat kepada rakyat Singapura "dengan penuh semangat dan komitmen".

"Saya mempelawa anda untuk sama-sama menyertai saya dalam menjadikan Singapura sebagai kediaman yang baik dengan Buat Baik, Buat Bersama-sama", katanya.

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan