Gunung Ong Teng Cheong di Kazakhstan berjaya ditawan pendaki S'pura
Gunung setinggi 4,743 meter itu mengambil nama salah seorang mantan presiden negara ini
KAZAKHSTAN: 11 warga Singapura berjaya menawan puncak Gunung Ong Teng Cheong di Kazakhstan.
Gunung setinggi 4,743 meter itu mengambil nama salah seorang mantan presiden negara ini.
11 warga Singapura itu merupakan sebahagian daripada pasukan 18 pendaki dari Singapura, termasuk seorang wartawan Mediacorp, Glenda Chong.
Glenda adalah antara tujuh pendaki yang berjaya sampai di bahagian yang dikenali sebagai bahu gunung pada ketinggian 4,600 meter.
Pendakian mereka bermula tengah malam semalam (9 Ogos), dalam keadaan suhu di bawah paras sifar.
Mereka mengambil masa lebih sembilan jam untuk sampai ke tahap itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.