Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Gunting' bantu masyarakat fahami cara manfaatkan dasar, usaha bantuan pemerintah

Telefilem berjudul 'Gunting' ini, merupakan telefilem berbahasa Melayu yang pertama diterbitkan untuk membantu masyarakat memahami cara memanfaatkan pelbagai dasar dan usaha bantuan pemerintah yang sedia ada.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menjelang Hari Raya ini, anda boleh menikmati satu lagi telefilem bermutu karya anak Melayu tempatan.

Lebih menarik lagi, telefilem berjudul 'Gunting' ini, merupakan telefilem berbahasa Melayu yang pertama diterbitkan untuk membantu masyarakat memahami cara memanfaatkan pelbagai dasar dan usaha bantuan pemerintah yang sedia ada.

Siapa kata penjelasan tentang dasar bantuan pemerintah, tidak boleh disampaikan dengan cara yang menarik?

Itulah yang dibuktikan pengarah filem kreatif tempatan, M. Raihan Halim, menerusi filem 'Gunting' ini.

Tema kekeluargaan yang dekat di hati ramai dijadikan wadah bagi menyampaikan mesej-mesej penting tentang dasar-dasar pemerintah yang boleh dimanfaatkan masyarakat.

Maklumat tentang latihan semula bagi karyawan, skim bantuan bagi perniagaan, malah juga isu kesihatan, disulam secara kreatif menerusi watak utama yang didukung oleh Taufik Batisah.

Yang pasti, 'Gunting' yang turut dibintangi oleh pelakon popular Hisham Hamid dan pelakon veteran J.A. Halim, menyampaikan contoh iktibar dengan cara yang lebih mudah diingati bagi menggalak rakyat Singapura merebut peluang menyiapkan diri bagi ekonomi masa depan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan