Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gudang perabot terbakar di Sungei Kadut

Sebuah gudang perabot terbakar pada awal pagi Isnin (17 Dis), menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam satu catatan Facebook.

Anggaran Waktu Membaca:
Gudang perabot terbakar di Sungei Kadut

SCDF masih menyiasat punca kebakaran itu. (Gambar: SCDF/Facebook)

Diterbitkan : 17 Dec 2018 02:39PM Dikemas Kini : 17 Dec 2018 02:42PM

SINGAPURA: Sebuah gudang perabot terbakar pada awal pagi Isnin (17 Dis), menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam satu catatan Facebook.

SCDF menyatakan bahawa pihaknya memberi respons kepada kebakaran pada bangunan setinggi satu tingkat itu pada jam 3.00 pagi.

Ia turut mengerahkan sebanyak 25 kenderaan kecemasan dan sekitar 90 anggota bomba ke tempat kejadian di 31 Sungei Kadut Street 2. Sehingga 12 jet air digunakan untuk memadamkan kebakaran itu, yang mujur tidak merebak ke bangunan-bangunan lain.

Kebakaran itu mengambil masa selama empat jam untuk dipadamkan dan tiada kecederaan dilaporkan akibat insiden itu, tambah SCDF.

Usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan kebakaran itu benar-benar dapat dipadamkan.

Siasatan diteruskan untuk mengenal pasti punca kebakaran itu, menurut SCDF.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan