Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Grace Fu: S'pura perlu bertindak tegas namun tenang menangani isu kedaulatan

Singapura perlu mengambil tindakan yang tegas namun tetap mengatasi isu dengan tenang apabila hak kedaulatannya terjejas. Demikian menurut Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Grace Fu berhubung pertikaian sempadan perairan antara Singapura dan Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Dec 2018 07:42PM Dikemas Kini : 08 Dec 2018 10:50PM

SINGAPURA: Singapura perlu mengambil tindakan yang tegas namun tetap mengatasi isu dengan tenang apabila hak kedaulatannya terjejas.

Demikian menurut Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Grace Fu berhubung pertikaian sempadan perairan antara Singapura dan Malaysia, di jerayawara Polis yang dianjurkan di Jurong hari ini (8 Dis).

Cik Fu berharap hubungan dua hala akan diletakkan kembali ke landasan yang betul, memandangkan hubungan yang kuat antara kedua-dua negara.

"Kami berharap dapat meletakkan kembali hubungan ke trajektori yang betul, kami mahu menganjak ke hadapan tentang situasi ini sekarang - tiada siapa mahu ketegangan ini berpanjangan, namun di mana hak kedaulatan kita terjejas, kita perlu mengambil tindakan yang tegas, namun pada masa yang sama perlu mengatasi isu ini dengan tenang," kata Cik Fu.

"Kami berharap perbincangan dapat diteruskan tentang bagaimana untuk membawa hubungan ini ke hadapan kerana terdapat banyak perkara yang mengikat kami, antara dua negara, antara dua masyarakat."

Di acara jerayawara Polis, teknologi dan peralatan terkini polis dipamerkan.

Turut dianjurkan ialah lakonan adegan jenayah bagi para pengunjung melihat bagaimana pasukan polis menjalankan siasatan.

Acara tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap kerja yang dilakukan oleh pasukan polis di samping membina hubungan yang lebih rapat dengan masyarakat.

Di acara yang sama, 10 individu dari kelompok Jurong Gateway diberi pengiktirafan atas sumbangan mereka dalam memastikan tempat kerja dan masyarakat selamat di bawah program Kumpulan Pengawas Keselamatan (SSWG). 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan