Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

GrabShare dihentikan lepas tengah malam kerana 'penumpang tidak terkawal, berkelakuan tidak senonoh'

"Penumpang yang tidak terkawal dan berkelakuan tidak senonoh" menjadi sebab syarikat kereta sewa Grab memutuskan untuk menghentikan khidmat GrabShare antara 1.00 pagi hingga 5.00 pagi.

Anggaran Waktu Membaca:
GrabShare dihentikan lepas tengah malam kerana 'penumpang tidak terkawal, berkelakuan tidak senonoh'

Iklan Grab di stesen MRT. (Gambar fail: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 14 Jun 2018 03:49PM Dikemas Kini : 14 Jun 2018 03:51PM

SINGAPURA: "Penumpang yang tidak terkawal dan berkelakuan tidak senonoh" menjadi sebab syarikat kereta sewa Grab memutuskan untuk menghentikan khidmat GrabShare antara 1.00 pagi hingga 5.00 pagi setiap hari, menurut syarikat tersebut kepada Mediacorp hari ini (14 Jun).

Ini selepas Mediacorp semalam (13 Jun) melaporkan bahawa ciri GrabShare sudah digugurkan daripada aplikasi Grab untuk tempoh tersebut pada minggu lalu, dengan kiriman emel kepada para pemandu pada 4 Jun lalu menunjukkan bahawa perubahan itu "berkuat kuasa bermula hari ini".

"Kami menerima maklum balas daripada rakan pemandu kami dan para penumpang bahawa perjalanan GrabShare bersama penumpang yang tidak terkawal adalah satu pengalaman yang tidak menyenangkan. Memandangkan kebanyakan daripada insiden yang diadukan berlaku antara 1.00 pagi dengan 5.00 pagi, keputusan untuk menghentikan khidmat GrabShare membantu membawa pengalaman yang lebih selamat dan lebih baik bagi pemandu dan penumpang," kata seorang jurucakap Grab kepada Mediacorp.

"Para pemandu dan penumpang masih boleh memilih khidmat Grab lain dalam tempoh tersebut," menurut kenyataan itu lagi.

Namun, Grab tidak memberi maklumat lanjut tentang bilangan aduan "penumpang berkelakuan tidak senonoh" yang diterima.  

Sumber : CNA/SM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan