Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Golongan datuk juga akan diiktiraf dalam sambutan Hari Bapa

Tahun ini pusat kebapaan berharap untuk mengalihkan tumpuan kepada sokongan antara generasi dalam sesebuah keluarga.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 May 2018 10:36PM Dikemas Kini : 17 May 2018 11:49PM

SINGAPURA: Tahun ini pusat kebapaan berharap untuk mengalihkan tumpuan kepada sokongan antara generasi dalam sesebuah keluarga.

Pusat Kebapaan "Dads for Life" bersama Mediacorp mengaturkan pelbagai kegiatan untuk meraikan Hari Bapa kali ini.

'Celebrating Fathers 2018' akan berlangsung selama sebulan dengan kegiatan-kegiatan seperti larian hutan, perkhemahan bertemakan sukan dan sebuah karnival.

Menurut pihak penganjur, golongan datuk wajar diiktiraf seperti golongan bapa. Ini kerana mereka boleh memupuk nilai-nilai dan menjadi contoh kepada anak-anak lelaki mereka supaya menjadi bapa yang terbaik kepada anak-anak mereka sendiri.

Bagi kebanyakan negara termasuk Singapura, Hari Bapa jatuh pada 17 Jun tahun ini. 

Sumber : CNA/EM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan