Goh Teng En diiktiraf selepas bantu tangkap suspek jenayah
Seorang lelaki menerima Anugerah Semangat Kemasyarakatan Awam Pasukan Polis Singapura hari ini (16 Ogos) kerana peranan beliau membantu polis menangkap suspek yang dipercayai merakam video bawah skirt.
SINGAPURA: Seorang lelaki menerima Anugerah Semangat Kemasyarakatan Awam Pasukan Polis Singapura hari ini (16 Ogos) kerana peranan beliau membantu polis menangkap suspek yang dipercayai merakam video bawah skirt.
Encik Goh Teng En menaiki tangga bergerak stesen MRT Marsiling pada 27 Julai ketika beliau menyedari lelaki dihadapannya meletak telefon bimbit di bawah skirt seorang wanita.
Encik Goh mendekati lelaki berusia 27 tahun itu dan menahannya di stesen MRT berkenaan, menurut kenyataan SPF.
"Para penumpang dinasihati supaya kekal berwaspada terhadap sekitaran mereka ketika dalam perjalanan di rangkaian pengangkutan awam," kata Timbalan Penolong Pesuruhjaya Polis Evon Ng, yang juga Timbalan Panglima Komand Keselamatan Pengangkutan Awam.
"Selain berupaya mencegah diri mereka daripada menjadi mangsa jenayah, orang ramai juga boleh membantu polis memastikan rangkaian pengangkutan awam selamat dengan menjadi 'mata dan telinga' di tempat-tempat awam," tambahnya sambil melahirkan rasa terima kasih kepada Encik Goh yang bersemangat waja.
"Tindakan seperti ini amat membantu mencegah jenayah di rangkaian pengangkutan awam."
Usaha Encik Goh diiktiraf dalam satu majlis di Komand Keselamatan Pengangkutan Awam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.