Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Gitaris terkenal S'pura, Zul Sutan, meninggal dunia

Ikon muzik tempatan dan pemain gitar, Zul Sutan, meninggal dunia pada Rabu (5 Dis) pada usia 61 tahun. Sebagai penyanyi utama kumpulan rock Tania, nama beliau harum di persada seni tempatan sepanjang kerjayanya yang menjangkaui 40 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Gitaris terkenal S'pura, Zul Sutan, meninggal dunia

Pemain gitar tersohor Zul Sutan (Gambar: Facebook/@zulsutania)

Diterbitkan : 05 Dec 2018 11:46PM Dikemas Kini : 06 Dec 2018 12:21AM

SINGAPURA: Ikon muzik tempatan dan pemain gitar, Zul Sutan, meninggal dunia pada Rabu (5 Dis) pada usia 61 tahun.

Sebagai penyanyi utama kumpulan rock Tania, nama beliau harum di persada seni tempatan sepanjang kerjayanya yang menjangkaui 40 tahun.

Tania bermula sebagai sebuah kumpulan trio pada 1976 dan mula menempa nama di Pebbles Bar yang terletak di pada masa itu Singapura Forum Hotel di Orchard. Kumpulan tersebut kemudian menjadi kugiran tetap di Harry's di Orchard Towers.

Allahyarham Zul juga terkenal dengan lagu Beat the Drums, karyanya sendiri dari album solonya yang dirakamkan pada awal 1990-an.

Kata-kata pujian bagi Allahyarham mencurah-curah di media sosial selepas berita pemergiannya.

Kumpulan Tania menulis di laman Twitternya: "Sang singa tidur malam ini. Berehat dengan tenang, Zul Sutan. Kami akan merinduimu, abang. #ZulSutan."

"Singapura kehilangan satu lagi bakat gergasi, dan saya kehilangan seorang yang saya panggil Pops (anggap sebagai ayah)," kata pelakon Pam Oei. "Pemergiannya tiada pengganti."

Ikon muzik jaz setempat Jeremy Monteiro menyifatkan Allahyarham Zul sebagai "salah seorang daripada terbaik antara kami sepanjang hampir 50 tahun lalu".

"Selamat jalan abang, satu lagi cahaya terpadam dari industri muzik ini dan tiada pengganti dapat dicari. Berehat dengan tenang," tulisnya dalam satu catatan Facebook.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan