Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Geran melebihi $400,000 diberi oleh RLAF untuk kelolaan projek-projek kemanusiaan

Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) menyokong sebanyak 20 projek serta inisiatif kemasyarakatan dan kemanusiaan, baik di luar negara mahupun tempatan sejak lima tahun lalu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 May 2015 05:08PM Dikemas Kini : 10 May 2015 08:40PM

SINGAPURA: Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) menyokong sebanyak 20 projek serta inisiatif kemasyarakatan dan kemanusiaan, baik di luar negara mahupun tempatan sejak lima tahun lalu.

Geran yang ditawarkan pula mencecah lebih $400,000.

Terbaru mendapat sokongan RLAF ialah "Operasi Kampuchea".

Program seminggu itu berlangsung Mac lalu.

Satu majlis penghargaan bagi para peserta "Operasi Kampuchea" diadakan di Masjid Al-Istiqamah semalam.

46 anggota kumpulan belia masjid itu, Arrijal Al-Istiqamah, menyingsing lengan menyertai projek di Memot, yang terletak di bahagian wilayah Slaphnom, Kemboja, dari 14 hingga 21 hari bulan Mac lalu.

Menerusi projek itu, mereka yang berusia antara 15 dengan 25 tahun itu, berpeluang untuk mendekati para belia Kemboja dan berkongsi sosio-budaya masing-masing.

"Kita di sana adalah dalam suasana yang baru. Jadi, kita dapat mengalami apa yang mereka rasakan sebab kita di Singapura ini, kita dapat hidup mewah. Kita dapat semua kemudahan. Tetapi di sana, mereka hanya dapat makanan pun, yang mereka hendak masak pun susah," menurut Muhd Hafiz Mohd Yusof, Ketua Peserta, Operasi Kampuchea.

Seroang lagi peserta, Muhd Lutfil Hadi berkongsi pengalamannya, "Apa saya dapat pelajari ialah supaya lebih berdikari seperti bangun pagi, makan bersama-sama dan banyak bersabar."

Selama seminggu, para peserta harus menyesuaikan diri dengan suasana kehidupan di kawasan perkampungan, yang berbeza berbanding Singapura.

Para belia Arrijal Al-Istiqama ini juga berganding bahu dalam memperbaiki Masjid Al-Munawarrah.

Ini termasuk mengecat, memasang kipas dan alat pembesar suara agar dapat dimanfaatkan para penduduk di sana. Yang saya dapat pelajari ialah saya dapat berdikari seperti bangun pagi, makan bersama-sama dan banyak bersabar.

Selama seminggu, para peserta harus menyesuaikan diri dengan suasana kehidupan di kawasan perkampungan, yang berbeza berbanding Singapura.

Para belia Arrijal Al-Istiqama ini juga berganding bahu dalam memperbaiki Masjid Al-Munawarrah.

Ini termasuk mengecat, memasang kipas dan alat pembesar suara agar dapat dimanfaatkan para penduduk di sana. 

"Yayasan Rahmatan Lil Alamin sejak 2010 memberikan geran untuk menyokong inisiatif-inisiatif atau projek-projek tempatan ataupun di luar negara, yang dilakukan oleh belia dengan harapan agar kita dapat membina ataupun membina keupayaan ketua-ketua di masa hadapan," jelas Muhd Izhar Mohd Roslan, Pengurus, Program & Pembangunan/Keupayaan Yayasan RLA

Selain "Operasi Kampuchea", projek RLA ke luar negara termasuk di China, India, Indonesia, Vietnam dan Thailand. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan