Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Geoworks ditubuhkan bagi bangun idea bagi huraian teknologi berasas lokasi di S'pura

Mencipta huraian teknologi berasaskan lokasi seperti aplikasi untuk mencari pekerjaan di tempat berdekatan, mungkin akan menjadi lebih mudah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Oct 2017 09:13PM Dikemas Kini : 12 Oct 2017 09:58PM

SINGAPURA: Mencipta huraian teknologi berasaskan lokasi seperti aplikasi untuk mencari pekerjaan di tempat berdekatan, mungkin akan menjadi lebih mudah.

Ini dengan adanya sebuah wadah baru bagi syarikat teknologi dan agensi-agensi awam bekerjasama. Ia akan ditubuhkan tahun depan.

Langkah itu diumumkan oleh Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, K Shanmugam di satu upacara penyampaian anugerah hari ini (12 Okt).

Dipanggil Geoworks, projek oleh Penguasa Pengangkutan Darat LTA bertujuan untuk menggalakkan penggunaan inovatif data geospatial, sebagai sebahagian daripada inisiatif Negara Bijak.

Majlis anugerah itu mengiktiraf para peserta cabaran OneMap IdeaWorks! yang membangunkan idea-idea bagi huraian teknologi berasaskan lokasi seperti sebuah aplikasi yang membantu menjaga keselamatan warga emas dengan membolehkan anggota keluarga memantau pergerakan mereka.  

Sumber : CNA/EM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan