Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gara-gara mabuk; peguam AGC didenda S$1,600, diharamkan memandu setahun

Timbalan peguam kanan daripada Pejabat Peguam Negara (AGC) pada Jumaat (10 Ogos) dikenakan denda S$1,600 dan diharamkan daripada memandu selama setahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Gara-gara mabuk; peguam AGC didenda S$1,600, diharamkan memandu setahun

Gambar fail Mahkamah Negara.

Diterbitkan : 10 Aug 2018 07:49PM Dikemas Kini : 10 Aug 2018 07:52PM

SINGAPURA: Timbalan peguam kanan daripada Pejabat Peguam Negara (AGC) pada Jumaat (10 Ogos) dikenakan denda S$1,600 dan diharamkan daripada memandu selama setahun.

Jeyendran Jeyapal, 39 tahun, ditahan polis trafik di sekatan jalan raya di Second Hospital Avenue pada 11 Februari sekitar 4.50 pagi.

Menurut mahkamah, pegawai polis trafik mendapati nafas Jeyendran "berbau arak". Dia juga gagal ujian paras alkohol dan diberkas kerana memandu dalam keadaan mabuk.

Jeyendran kemudian dibawa ke Divisyen Polis Trafik, di mana dia didapati mempunyai kandungan 48 mikrogram alkohol bagi setiap 100 militer nafas, melebihi had 35 mikrogram.

Dia mengaku meminum arak di sebuah pub pada 4.00 pagi.

Dalam rayuannya, Jeyendran berkata ia merupakan kesalahan pertama dan dia sudah mengaku bersalah. Dia turut memberikan kerjasama dengan pegawai polis semasa ditahan dan memohon agar dikenakan hukuman yang lebih ringan.

Hakim Daerah Victor Yeo berkata beliau turut mengambil kira bahawa Jeyendran sebelum itu sedang meraikan hari lahir rakannya. Jeyendran juga berkata dia bertujuan meminum Coke atau Sprite, namun tidak mahu menghampakan pelawaan rakannya untuk meminum arak.

Hakim berkata beliau "tidak boleh terima" dakwaan itu. "Dalam pandangan saya, dia boleh menolak minuman itu," kata beliau.

Meskipun demikian, beliau mengambil kira bahawa peguam itu sudah mengaku bersalah dan tidak melakukan sebarang kesalahan trafik seperti memandu melebihi kelajuan yang ditetapkan atau memandu dengan berbahaya sebelum ditahan polis.

Atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk, Jeyendran boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau didenda antara S$1,000 hingga S$5,000.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan